Pelakon Anis Al-Idrus, 29, yang sebelum ini pernah gagal sebanyak dua kali dalam percintaannya dengan selebriti, akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pada Julai depan.
Menurut Anis, perkenalan mereka sejak Januari lalu telah memberi keyakinan kepadanya menerima lamaran dan menjadi suri hati lelaki berusia 35 tahun itu.
Pemilik nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal ini berkata yang mereka sudah mengikat tali pertunangan pada Mac lalu dalam sebuah majlis sederhana.
"Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang menerima saya seadanya. Insya-Allah kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan.
"Kami sudah bertunang pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang keputusannya untuk menamatkan zaman solo, kata Anis, lelaki tersebut bersifat matang dan berjaya membuka hatinya untuk berkahwin.
"Saya selesa mengatakan ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan Allah. Namun kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Anis berkata, dia akan mengulas lanjut tentang perancangan majlis perkahwinannya dalam sebuah majlis sidang media yang bakal diadakan pada 23 Mei ini.
"Pada Isnin ini saya akan umumkan tarikh sebenar majlis istimewa itu," katanya.
Anis dan Mohd Rafzan yang berasal daripada Perlis itu mula rapat pada Januari lalu selepas dikenalkan oleh rakan baiknya yang juga adik kepada pemuda itu.
Sebelum ini Anis pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment