08 May 2017

GGV: NETIZEN MUAK LIHAT 'DRAMA LAKONAN' - MUNIF HIJJAZ TAMPIL JELASKAN



Semua mengetahui mengenai salah satu peserta program Gema Gegar Vaganza (GGV) iaitu Hijjaz yang sering membuatkan penonton sebak dengan persembahan yang ditampilkan setiap minggu.

Bagaimanapun, persembahan Hijjaz pada minggu lalu telah dikritik oleh seorang netizen yang muak dengan 'drama lakonan' yang dipertontonkan oleh kumpulan itu setiap minggu.

Kami yakin hanya segelintir netizen sahaja yang berpendapat sebegini. Rata-rata mereka yang menonton GGV suka dengan konsep persembahan Hijjaz pada setiap minggu.





Malah tak salah untuk dikatakan yang Hijjaz antara calon feveret untuk menjadi juara GGV.

Enggan membiarkan kritikan ini tidak terjawab, Munif Hijjaz telah tampil memberi penjelasan panjang lebar.

Sejak mula ditayangkan, rancangan GGV sedikit sebanyak dipalit kontroversi. Pada mulanya ramai yang kurang gembira dengan kehadiran artis-artis nasyid di dalam program ini kerana ia adalah sebuah rancangan nyanyian.

Klik untuk gambar besar


Bagi mereka, kumpulan-kumpulan nasyid ini tidak perlu keluar di televisyen dan bersaing setiap minggu.

Namun begitu, platform GGV bukanlah sekadar mencari populariti, sebaliknya ia juga telah dan sedang digunakan sebagai satu platform dakwah oleh para peserta yang terlibat.

Biasalah itu adat resam dunia hiburan. Buat apa pun mesti ada yang tak puas hati. Apa-apapun yang penting Hijjaz dan semua peserta GGV yang lain mempunyai niat yang betul untuk menghiburkan dan berdakwah menerusi program ini. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan. Apa pendapat anda?






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara




         ________________________





No comments: