22 May 2017

GGV: UNIC MUNCUL JUARA, BOLOT RM100,000



Syahid... ayah menang!!!

Itulah kata-kata Bazli Hazwan Che Osman apabila kumpulannya UNIC diumumkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza (GGV) bagi edisi pertama.

Menewaskan lima bintang lain, UNIC yang mencipta sejarah itu berjaya merangkul wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro





Dalam pentas akhir yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB itu, UNIC membawakan lagu 'Ainul Mardhiah' di segmen solo serta lagu 'Kalah Dalam Menang' di segmen battle.

Kemenangan itu menyaksikan UNIC yang dianggotai oleh Fakhrul, Bazli dan Nakdi, menewaskan kumpulan favourite, Hijjaz yang dinobatkan sebagai naib juara.

Anggota Hijjaz yang menyampaikan lagu 'Fantamorgana' dan lagu 'Alhamdulillah' di segmen battle ini menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Hijjaz turut menjadi pemenang Anugerah Persembahan Pilihan Penonton yang dipilih menerusi undian penonton di laman web GGV. Hijjaz berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 sumbangan Serai Mas.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mirwana yang menyampaikan lagu 'Ya Rasulullah' dan lagu 'Alhamdulillah' di pusingan battle. Mirwana berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 serta trofi sumbangan Astro.

Makanala bagi peserta Azmi Caliph Busker pula hanya menduduki tempat keempat yang membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.



Azmi yang menyampaikan lagu 'Damai Yang Hilang' dan lagu 'Aku Maafkan Kamu' di pusingan battle itu turut diumukan sebagai pemenang bagi Anugerah Gema Terindah, kategori Gempak Gempur.

Kemenangan itu membuatkan Azmi membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Hadiah tersebut akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Bagi tempat kelima pula disandang oleh Hafiz Hamidun yang menyampaikan lagu 'Nur Kasih' dan lagu 'Aku Maafkan Kamu' di pusingan battle. Hafiz berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.



Kumpulan Saujana yang menyampaikan lagu 'Penerang Hati' dan lagu 'Kalah Dalam Menang' di pusingan battle itu merangkul tempat keenam dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.

GGV menampilkan juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi, manakala Datuk Siti Nurhaliza menjadi juri jemputan.

Sementara itu, Achey, Fikry dan Siti Nordiana bertindak sebagai pengacara sepanjang lapan minggu GGV bersiaran.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Astro Gempak




         ________________________





No comments: