22 May 2017

ISU SAMAN: "BUKAN CARI GADUH, TAPI TAMATKAN PERSELISIHAN FAHAM" - NORA DANISH



Pelakon Nora Danish yang mengambil tindakan untuk menyaman Fasha Sandha gara-gara statusnya di media sosial yang didakwa mencetuskan salah faham itu telah tampil menjelaskan sebab mengapa beliau menyaman aktres tersebut.

Menurut Nora, apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk mencari gaduh sebaliknya ingin menamatkan setiap perselisihan faham mereka berdua yang tidak berkesudahan selama beberapa tahun.





Terdahulu, semua mengetahui tentang situasi tegang mengenai insiden yang berlaku di acara Fenomena Aidilfitri 2017 yang melibatkan pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha.

"Perjuangan mencari kebenaran ini bukan untuk pertahankan diri Nora sendiri. Kali ini untuk suami dan keluarga tercinta serta perniagaan yang diusahakan.

"Nora sekarang dah tak macam dulu lagi. Kini dah bergelar isteri. Sudah tentulah impak kenyataan palsu yang dibuat itu telah mengguris banyak hati. Bukan saya seorang.

Klik untuk gambar besar


"Sebab itu Nora mengambil keputusan untuk menoktahkan segala-galanya secepat mungkin biar masalah selesai ikut saluran yang betul.

"Benda ini bukan benda baru pun, selama ini banyak fitnah yang bertebaran, Nora tak layan. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila Nora nak bagi orang lain pijak kepala? Itu yang Nora, buat bertindak," katanya.

Meskipun apa yang berlaku memberikan impak yang agak besar terhadap dirinya, Nora memberitahu beliau tidak berdendam dengan Fasha.








www.myartis.com / Sumber: Utusan Mingguan




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...