22 May 2017

AKUI SERIUS DENGAN ERRA FAZIRA, SHAHIR AF MOHON DOA



"Saya memang serius berkawan dengan Erra. Saya juga bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi.

"Saya memohon semua peminat agar mendoakan hubungan kami. Insya-Allah, sampai waktu yang sesuai, akan ada berita baik," kata bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir Zawawi.

Ditanya mengenai pendiriannya yang enggan membuka mulut mengenai kesahihan hubungannya dengan Erra sebelum ini, Shahir berkata dia berasa malu untuk berkongsi kisah peribadi.





Malah kata Shahir, dia berasa bersalah apabila Erra yang terpaksa menjawab semua persoalan mengenai hubungan mereka.

"Saya tidak keberatan untuk bercakap mengenainya jika ditanya tetapi saya akui memang saya segan hendak bercakap soal peribadi.

"Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami. Jujurnya memang saya simpati dengan Erra yang terpaksa menjawab seorang diri," ujarnya.

Hampir tiga tahun menghilang, Shahir muncul memberikan sokongan di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).

Klik untuk gambar besar


Shahir juga menegaskan kehilangan dirinya adalah bukan kerana dia merajuk dengan industri hiburan.

"Saya hilang bukan sebab merajuk. Saya tidak tampil ke hadapan kerana saya menguruskan perniagaan di kampung halaman.

"Saya memang mengambil keputusan untuk tidak muncul dan mendiamkan diri dari bidang seni kerana saya sibuk menguruskan perniagaan.

"Aktiviti seni lebih tertumpu di Kuala Lumpur dan saya pula berada di kampung. Saya tidak mahu menyusahkan banyak pihak sekiranya saya gagal membahagikan masa dan komitmen.

"Kini saya bersedia untuk kembali ke persada hiburan. Ramai juga peminat yang menanti dan bertanya mengenai produk terbaru saya.

"Saya sudah mempunyai material untuk merakamkan lagu baru dan saya memohon doa peminat agar segalanya dipermudahkan," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & mStar




         ________________________





No comments: