23 May 2017

SOAL KAHWIN DENGAN SHAHIR AF - ERRA FAZIRA SERAH PADA ALLAH



Semua sedia maklum mengenai kenyataan bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir Zawawi yang membuat pengakuan bahawa beliau serius berkawan dengan Erra Fazira dan sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya (berkahwin) dengan wanita tersebut.

Menurut Shahir, beliau tampil memberikan penjelasan kerana bersimpati dengan Erra yang selama ini menjawab pelbagai persoalan serta kontroversi mengenai status hubungan mereka.





Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan yang diberikan oleh Shahir semalam, Erra mengakui beliau begitu menghargai dan berterima kasih pada Shahir yang bersimpati dengan keadaannya yang terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai status hubungan mereka berdua.

Bagaimanapun, Erra enggan memberikan komen lanjut mengenai soal berkahwin dengan Shahir dan menyerahkan soal tersebut kepada ketentuan Allah SWT.

Klik untuk gambar besar


"Saya sangat-sangat percaya pada aturan Allah SWT. Biarlah Allah sahaja yang tentukan soal jodoh saya. Kalau ditanya sama ada jadi atau tidak (berkahwin dengan Shahir) saya sendiri tidak tahu kerana itu adalah urusan Allah," ujar Erra.

Kalau ada perasaan cinta dan sayang, tidak salah untuk cuba melangkah ke fasa seterusnya. Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.




www.myartis.com / Sumber: Utusan




         ________________________





No comments: