23 May 2017

UNIC JUARA GGV - BAZLI SIFATKAN KEMENANGAN SEBAGAI REZEKI ANAK



"Perjuangan anak saya dalam melawan sakit kanser menjadi inspirasi. Saya sendiri berazam untuk cemerlang dalam kerjaya saya sebagai penyanyi nasyid dan pada masa yang sama, menjadi seorang bapa terbaik untuk anak.

"Ketika diuji dengan musibah, kita tidak seharusnya rasa kecewa. Tuhan sayangkan kita dan Tuhan memberikan kita ujian. Hidup mesti diteruskan, jangan down.

"Alhamdulillah, saya bersama Fakhrul dan Najdi berjaya menyandang gelaran juara GGV. Ini mungkin rezeki anak saya.





"Perkara pertama yang saya bakal lakukan selepas balik ini ialah untuk terus ke hospital dan mencium anak saya," ujar salah seorang ahli anggota kumpulan UNIC, Bazli yang menyifatkan kemenangan UNIC selaku juara sulung program Gema Gegar Vaganza (GGV) sebagai rezeki untuk anaknya.

Kita semua sudah sedia maklum mengenai keadaan kesihatan anak Bazli iaitu Muhammad Syahid, 4, yang menghidap penyakit kanser limfoma dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Sementara itu, dua ahli UNIC yang lain turut mengucapkan terima kasih kepada Bazli yang memberikan komitmen terbaik sepanjang GGV berlangsung biarpun dia berhadapan dengan ujian.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih kepada Bazli. Cuba bayangkan, jika anak demam, kita rasa susah hati, apatah lagi jika anak menghidapi kanser.

"Walaupun saya dan Najdi boleh menguruskan perkara berkenaan dengan GGV, Bazli tetap memberikan komitmen sepenuhnya kepada UNIC sepanjang tujuh minggu," kata Fakhrul.

Dengan kemenangan tersebut, UNIC berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Tahniah UNIC dan semoga Syahid terus kuat melawan penyakitnya.






www.myartis.com / Sumber: mynewshub




         ________________________





No comments: