03 May 2017

HARI PERTAMA KELAHIRAN - SHAHEIZY SAM RANCANG BUKA AKAUN IG ANAK



Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam tegas dengan berpendiriannya iaitu enggan membuka akaun Instagram (IG) khas buat anak mereka yang bakal dilahirkan seperti selebriti lain.

Namun nampaknya kini, Shaheizy sudah berubah fikiran apabila beliau merancang ingin membuka akaun IG untuk anaknya pada hari pertama kelahirannya.

"Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar.





"Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil dan ini akan menjadi memori yang cukup indah untuk dikenang semula.

"Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya saya anggap ia hanyalah ruangan sosial semata-mata," jelas Shaheizy.

Shaheizy dan isterinya, Syatilla Melvin yang berkahwin pada 8 Februari 2016 di Pulau Pinang itu akan menimnag cahaya mata pertama mereka pada bila-bila masa.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Shaheizy berkata yang beliau tidak kisah jika zuriatnya itu turut menjadi perhatian masyarakat seperti anak-anak selebriti lain

"Sebagai public figure, saya tak boleh nak elak publisiti orang ramai terhadap kami sekeluarga, jadi saya tak kisah andai anak turut menerima tempias tersebut.

"Bila anak sudah besar nanti, dia boleh pilih jalan kehidupannya sendiri, andai kata dia suka dengan kamera serta mahu berada dalam bidang ini juga tak ada masalah dan saya tak paksa," katanya.



Sementara itu, ketika ditanya mengenai persediaan dan debaran bergelar bapa, Shaheizy berkata, dia teruja untuk menimang cahaya mata lelaki awal Mei ini.

"Saya telah bersedia mental dan fizikal, malah sejujurnya tak sabar serta teruja menanti kelahiran pertama ini. Segala persiapan sudah dilakukan sejak awal lagi dan Syatilla akan berpantang di Kuala Lumpur.

"Selain itu, saya akan berehat daripada penggambaran dan akan fokus dengan keluarga sehingga Syawal," ujar pelakon filem 'Polis Evo 2' dan 'Pinjamkan Hatiku' ini.

Semoga segala persiapan menyambut cahaya mata lelaki akan berjalan dengan lancar dan semoga dipermudahkan segala urusan.










www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: