02 May 2017

USIA 3 TAHUN - LARA ALANA SUDAH MULA BAYAR CUKAI PENDAPATAN DI LHDN



"Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami.

"Malah, Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini," kata Scha Alyahya mengenai anaknya, Lara Alana, 3, yang sudah mula membayar cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tahun ini.

Menurut Scha, ianya disebabkan anak perempuannya itu sudah mampu menjana pendapatan sendiri dan mulai tahun ini Lara sudah wajib menfailkan cukai pendapatan pertamanya di LHDN.





Susulan dengan peraturan yang ditetapkan oleh LHDN, Scha dan suaminya, Awal Ashaari telah melantik seorang ejen untuk menguruskan pendapatan anak mereka.

Bukan sahaja selebriti yang perlu membayar cukai tahunan, malah anak selebriti yang ada kalanya lebih popular berbanding ibu bapa juga tidak boleh elak daripada membayar cukai.

Iyelah, Lara kan sudah mempunyai program beliau sendiri, menerima pelbagai tawaran iklan dan lain-lain. Pendek kata, Lara sebenarnya sudah menjana pendapatan sendiri.

Klik untuk gambar besar



















www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: