Sebelum ini, isteri kepada Aqasha iaitu Baizura telah membuat pendedahan dimana beliau mendakwa seorang pelakon wanita terkenal bermain cinta bersama suaminya.
Baizura memuatnaik perbualan mesra antara pelakon wanita tersebut bersama suaminya itu di laman Instagramnya. Pelakon wanita yang dikaitkan dalam isu ini ialah Rita Rudaini.
Hanya berdiam diri sebelum ini, Aqasha akhirnya tampil membuka mulut dan mengesahkan rumah tangga serta hubungannya dengan isteri berada dalam keadaan baik.
Kata Aqasha lagi, rumah tangganya tidak terkesan dengan kontroversi dan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan Rita.
"Hubungan saya dan isteri okey dan kami tidak terjejas dengan spekulasi dan tuduhan orang ramai itu. Saya seorang lelaki, Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan.
"Saya tidak boleh menjawab tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi dan orang luar tidak tahu apa yang saya lalui.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada paparan skrin yang dimuatnaik oleh isterinya itu adalah benar, Aqasha enggan mengulas dan memberitahu dia tidak perlu menceritakan hal sedemikian kepada umum.
Klik untuk gambar besar
"Jika dia muatnaik paparan skrin sudah tentu ia betul, tapi orang tidak tahu perkara yang berlaku. Saya juga tidak mahu bercerita tentang perkara peribadi itu kepada umum, biarlah orang ingin bercakap apa-apa pun," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon filem 'Embun' itu berkata yang dia tiada masalah untuk bergandingan dengan Rita pada masa depan.
"Saya seorang yang profesional dan tidak menolak jika digandingkan dengan dia (Rita Rudaini) pada masa akan datang," ujarnya.
Aqasha dan Rita Rudaini digandingkan dalam drama 'Mi Laksa & Laksam' terbitan Zeel Production yang akan ditayangkan di TV3.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment