23 May 2017

IMPIAN TERMAKBUL - NEELOFA BAKAL BERPUASA & BERAYA DI MEKAH



"Insya-Allah saya akan bertolak ke Mekah pada 8 Jun ini. Selain menunaikan ibadah umrah, saya juga akan merakamkan sebuah program travelog untuk siaran TV.

"Peggambaran ini akan tamat pada 20 Jun dan saya mengambil keputusan untuk terus berada di sana sehinggalah raya kedua.

"Sudah lama saya impikan untuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri di sana dan saya bersyukur impian itu dimakbulkan Tuhan," kata pelakon, pengacara dan usahwan Noor Neelofa.





Beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan tiba, tentu sekali pelbagai rancangan untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri juga telah dilakukan oleh sesetengah umat Islam.

Semoga segala perancangan Neelofa untuk merasai kelainan berpuasa dan menyambut Aidilfitri serta ibadahnya di tanah suci Mekah berjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: