23 May 2017

TAHNIAH - AKHIRNYA JAMAL ABDILLAH NIKAH KALI KEEMPAT



"YA, saya sudah bernikah," demikian pengakuan Datuk Jamal Abdillah, 58, mengenai berita tersebut melalui Whatsapp hari ini.

Difahamkan, Jamal melangsungkan pernikahan kira-kira dua bulan lalu dengan gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.





"Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih," tambah Raja Pop itu yang enggan mengulas lanjut mengenai pernikahan tersebut.

Menurut sumber, majlis perkahwinan Jamal itu hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dengan pengakuan itu, ia merupakan perkahwinan kali keempat buat penyanyi lagenda itu selepas bercerai dengan Fatimatuzahra Samad pada 15 Mei 2007.



Untuk info, perkahwinan pertama Jamal ialah dengan Basariah Abdul Latiff pada 1988.

Selepas bercerai dengan Basariah pada 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani.

Bersama Fatimatuzahra, Jamal dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.

Terdahulu ketika ditanya mengenai majlis kesyukuran yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam, kelmarin, kata Jamal ia sebenarnya majlis tahlil untuk arwah ibu dan bapanya dan bukan majlis sempena pernikahannya.

"Ia adalah majlis tahlil untuk arwah ibu dan bapa saya, doa selamat sempena menyambut Ramadan dan berpindah ke rumah baru," ujarnya dipetik sebagai berkata pada Harian Metro.






         ________________________





No comments: