24 May 2017

SAH HAMIL ANAK PEREMPUAN - AYU RAUDHAH & SUAMI RASA TERUJA & SYUKUR



"Alhamdulillah menerusi imbasan yang dilakukan, doktor sudah beritahu kali ini saya mengandung anak perempuan.

"Zaquan juga sangat teruja kerana dia dah lama mengimpikan anak perempuan," kata pelakon Ayu Raudhah apabila impian serta doa mereka suami isteri untuk mendapat anak perempuan sudah dimakbulkan.

Ayu yang sedang hamil anak ketiga hasil perkahwinan dengan suaminya, Zaquan Adha itu pada masa sama meluahkan rasa teruja serta syukur apabila bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.





Menurut Ayu, dia kini hanya menanti masa untuk melahirkan anak pada bila-bila masa.

"Selain berdebar untuk bersalin, saya juga berdebar kerana tak tahu akan bersalin di mana lagi.

"Sebab saya kena ikut jadual latihan Zaquan dan saya mungkin akan bersalin di Perak atau Kuala Lumpur atau Johor Bharu.

"Jadi sebagai persediaan saya sudah mendaftar ke hospital di ketiga-tiga buah negeri ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan @ Abu Bakar, 33, segala persiapan menyambut orang baru termasuk persiapan menyambut Aidilfitri tahun sudah dilakukan lebih awal.

"Memandangkan saya akan berpantang pada bulan puasa ini, jadi saya terpaksa buat persiapan awal.

"Kak Ta (Rozita Che Wan) pun ada menghadiahkan baju-baju Aaisyah yang masih elok untuk bakal anak perempuan saya.

"Sama seperti dua anak sebelumnya, saya akan berpantang di rumah sahaja dan biasanya mak yang akan turun menjaga saya di rumah kerana Zaquan mahu saya dan anak-anak sentiasa berada di depan matanya.



Ditanya mengenai perancangan kariernya selepas ini, Ayu berkata, dia masih merindui untuk berlakon, bagaimanapun belum menetapkan lagi bilakah dia akan kembali berlakon selepas bersalin nanti.

"Selepas memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015, saya sudah kembali aktif sebenarnya tahun lalu.

"Tapi bila saya disahkan hamil, saya terpaksa bercuti kembali. Jadi kali ini tidak tahulah berapa lama pula saya akan bercuti," jelasnya.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser, 4, dan Muhammad Aisy Aryann, 3.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments: