08 May 2017

MENTOR MILENIA 2017: PROTEGE AKIM, ELICA MUNCUL JUARA



Tahniah diucapkan buat protege Akim Ahmad, Angelica Paujin atau Elica, 17, yang muncul juara dalam program realiti, Mentor Milenia 2017.

Dalam pusingan akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu menyaksikan Elica yang mendendangkan lagu 'Samar Bayangan' dan Ceritera Cinta' menewaskan tiga peserta lain iaitu Usop, Along dan Syeera.

Kemenangan itu melayakkan Elica yang berasal dari Tambunan, Sabah ini membawa pula wang tunai RM100,000, trofi, telefon bimbit dan pakej percutian ke London.





Manakala Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Usop), 20, anak didik kepada Hazama pula meraih naib juara dan menerima wang tunai RM50,000.

Mempertaruhkan dua lagu berjudul 'Bayang' dan 'Malam', persembahan Usop menerima komen positif juri tetap, Datuk Hattan dan juri jemputan, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Sementara itu, Mohamad Rozaimi Rosli, 20, (Along) yang merupakan protege kepada Tomok, berpuas hati menduduki tempat ketiga, dengan wang tunai RM20,000 selepas mempertaruhkan lagu 'Merisik Khabar' dan 'Memori Berkasih'.

Klik untuk gambar besar


Protege kepada Black, Nur Syaheera Abd Aziz, 19, meraih tempat keempat dengan lagu Sekadar Di Pinggiran dan Di Pintu Syurga. Syeera memenangi wang tunai RM10,000.

Peserta diadili juri tetap dan jemputan yang mewakili 50 peratus, manakala selebihnya juri awam sebanyak 30 peratus dengan baki undian penonton.

Peserta akhir Mentor Milenia 2017 membuat dua persembahan solo dan duet dengan penyanyi jemputan antaranya Siti Nordiana, Misha Omar, Hael dan Salma.

Konsert akhir itu turut mengundang kumpulan dari Indonesia, Nidji yang tampil dengan lagu 'Biarlah' dan 'Bila Bersamamu'.














www.myartis.com / Sumber: berita Harian




         ________________________





No comments: