"Mama Elfira selesa dengan saya. Kadang-kadang saya panggil aunty dan ada kalanya saya terpanggil mama. Boleh dikatakan dia adalah orang yang paling rapat dengan saya pada masa ini.
"Selain itu memandangkan keluarga saya jauh di johor, hubungan baik tersebut bukan sahaja terhadap Elfira tapi juga dengan ibu dan adik-beradik dia.
"Saya rasa seperti ada keluarga kedua di sini," jelas penyanyi Sufian Suhaimi mengenai hubungannya dengan ibu pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff .
Sejak akhir-akhir ini, memang tengah hangat hubungan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi diperkatakan umum. Malah peminat juga seakan merestui hubungan mereka.
Bukan sahaja peminat, malah ibu Elfira juga dikhabarkan berkenan dengan Sufian sehingga jejaka itu memanggilnya 'Mama'.
Kelmarin, Elfira membuat kejutan dengan mengajak Sufian menaiki helikopter sempena meraikan hari ulangtahun kelahiranya yang ke-25 di The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan.
Klik untuk gambar besar
Lebih istimewa apabila ibu Elfira sendiri terlibat menyiapkan dekorasi majlis meraikan Sufian yang turut dihadiri kenalan rapat penyanyi itu.
Pasti peminat Elfira dan Sufian tidak sabar melihat pasangan ini ke fasa seterusnya.
Biarpun mendapat kritikan negatif mengenai hubungan mereka berdua kerana kontroversi lalu membabitkan bekas kekasihnya yang dikatakan ditinggalkan sejak mengenali Elfira, namun beliau melihat ianya sebagai perkembangan positif dalam merapatkan lagi hubungan itu.
Apa-apa pun perkara yang baik kita doakan sahaja. Kalau ada jodoh tak ke mana.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment