26 June 2017

13 GAMBAR - AKSI ARTIS & SELEBRITI SEDONDON BERSAMA KELUARGA



Kami kongsikan beberapa keluarga artis dan selebriti yang masih memilih warna sedondon sempena Syawal tahun ini.

Ketibaan Syawal tahun ini diraikan penuh kesyukuran dan kemeriahan.

Jom tengok gaya artis dan selebriti manakah yang menjadi pilihan anda?

1. Norman Hakim & Memey Suhaiza
Pasangan selebriti ini juga memilih rona hijau sempena sambutan 1 Syawal. Malah, Aidilfitri tahun ini lebih meriah apabila pasangan itu turut meraikan bersama Abby Abadi dan suaminya yang juga memilih warna hijau sebagai warna tema. Sejuk mata memandang!





Klik untuk gambar besar



2. Syamsul Yusoff & Puteri Sarah
Keluarga besar Syamsul memilih warna biru teal untuk digayakan pada pagi Aidilfitri. Baik Datuk Yusoff Haslam mahu pun keluarga Syafiq Yusoff, mereka memilih untuk berpakaian sedondon dan mengabadikan potret keluarga pada pagi raya.








3. Nabil Ahmad
Warna asas hitam bermotifkan corak zig zag kelabu menjadi pilihan keluarga pengacara popular itu. Nabil menggayakan sepasang baju Melayu moden manakala isteri dan anak-anaknya menyarung persalinan kurung moden. Cute!




4. Que Haidar
Keluarga The Haidars memilih warna tema hijau muda untuk dipadankan pada pagi Syawal. Linda menyarung persalinan kurung moden manakala dua anak perempuan mereka menggayakan baju kebaya labuh. Que dan anak lelakinya memilih baju Melayu moden lengkap bersamping merah jambu.




5. Rozita Che Wan & Zain Saidin
Memilih busana rekaan Minaz dan Man Kajang, keluarga pasangan itu tampil bergaya dengan rona warna kelabu di pagi Syawal. Zain dan kedua-dua anak lelakinya menyarung baju Melayu moden manakala Che Ta dan Aaisyah memilih baju kurung moden.






6. Alif Satar
Merah gelap menjadi pilihan keluarga penyanyi Alif Satar untuk dipadankan pada pagi raya. Mengekalkan busana tradisi baju Melayu klasik, ada juga antara anggota keluarganya memilih fabrik songket dengan rona serupa bagi Syawal kali ini.




7. Ajak Shiro
Merah membara mewakili tema baju raya Ajak sekeluarga tahun ini. Ajak dan kedua-dua anak lelakinya memakai baju Melayu moden manakala isterinya bersama seorang puteri tunggal menyarung persalinan kurung moden. Melengkapi gaya keluarga itu, percikan corak songket disuntik pada setiap helaian.




8. Kumpulan Zero
Hijau masih menjadi pilihan kebanyakan keluarga tahun ini. Tidak terkecuali anggota kumpulan Zero iaitu Atu, Syaiful dan Sharif. Ketiga-tiga mereka memilih persalinan baju Melayu moden hijau muda manakala suri hati mereka memilih warna serupa dengan suntikan motif batik merah jambu.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: