26 June 2017

REZEKI AIDILFITRI - ANAK ELLY MAZLEIN DAPAT DUIT RAYA RM3,000



"Persiapan Sefhia cukup meriah sebab seronok. Raya tahun ini dia sudah besar dan faham. Dia sudah pandai tengok orang main mercun dan bunga api.

"Orang-orang di sekeliling pun rasa kasihan tengok dia yang tak tahu apa-apa," kata penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, 37, yang teruja meraikan hari mulia bersama puteri kesayangan, Putri Sara Sefhia.

Akui tiada yang lebih membahagiakan apabila dapat menyiapkan keperluan anak dalam menyambut Aidilfitri, Elly memberitahu yang beliau menyediakan 10 pasang baju baharu untuk anaknya yang baru berusia setahun.





"Banyak baju dia saya tempah sedondon dengan abah, malah ada yang diberi orang," ujar Elly.

Dalam pada itu, Elly berkata, rezeki anaknya sangat murah hingga ada peminat sanggup memberi duit raya lebih awal.

"Rezeki anak sangat murah hingga ada individu beri duit raya RM3,000... Itu belum masuk wang yang dikirim peminat," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Ellly, hidupnya sekarang cukup bahagia dan tenang.

"Malah, saya rasa lebih diterima dan disayangi. Paling terasa apabila ada Sefhia sebagai pengganti mama.

"Kalau dulu, setiap minggu saya kerap ziarah pusara mama sebab sunyi, tetapi sejak ada anak, dialah peneman hidup saya," jelasnya.

Elly mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014. Namun, mahligai yang dibina hanya mampu bertahan selama setahun dan akhirnya mereka berpisah.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...