28 June 2017

8 FOTO - INARA DIPINDAH KE WAD, IDZHAM ISMAIL & KELUARGA BERAYA DI IJN



"Ya Allah tahun ini Syawal saya dapat kurniaan paling berharga. Allah hold sekejap dan gantikan dengan dugaan sepanjang Ramadhan sebabkan seorang insan bernama Nur Sofea Inara.

"Yeayy dapat raya dengan princess Daddy. Thank you semua yang mendoakan untuk princess.

"Tak tergambar perasaan bila tengok isteri dukung anak. Kami selalu bertanya sesama sendiri "kita dah ada anak kan".





"Bila princess tido, saya tengok muka dia. Ya Allah, indah dan tak terkata anugerah yang telah Engkau beri.

"Siti Nur Abilah, terima kasih sebab kandungkan 9 bulan dan melahirkan puteri kita. B minta maaf, B takde hadiah beribu-ribu nak bagi. B harap masa dan kekuatan B boleh gantikan sementara tau.

"Princess daddy thank you for being the strongest being for us both. Daddy hari-hari tengok muka Inara nak gigit je.

Klik untuk gambar besar


"Raya tahun ni walaupun beraya dekat IJN, sangat bermakna. Family pun datang untuk bagi feel raya tu walaupun diorang tahu tak rasa sangat tapi usaha diorang tu yang penting.

"Terima kasih Allah, terima kasih keluarga tercinta. Salam Syawal.

Untuk makluman, anak sulung pasangan ini sudah ditempatkan di wab biasa sejak 23 Jun lalu.

Alhamdulillah... kita doakan semoga adik Inara cepat sembuh hendaknya. Amin.














www.myartis.com / Sumber & foto: Idzham Ismail IG, Siti Nur Abilah IG, Izzat Ismail IG & Mohd Ikhwan Isamil




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...