07 June 2017

AL-FATIHAH - SYAHID, ANAK BAZLI UNIC HEMBUS NAFAS TERAKHIR HARI INI



Salam takziah kepada salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan Che Osman, 33, atas kehilangan anaknya, Muhammad Syahid Bazli Hazwan, 4, yang meninggal dunia sekitar jam 7.20 pagi tadi di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Bazli memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram (IG) miliknya, @bazliunic.A

"Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan syahid.. Anakku...," tulis Bazli.





Anak Bazli yang merupakan salah seorang kanak-kanak autisme lahir pada 27 Oktober 2013.

Syahid mula didapati tidak sihat semenjak Disember tahun lalu dan pada awalnya, penyakitnya tidak dapat dikesan.

Setelah mengalami proses diagnosis, Syahid disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Februari lalu.

Jenazah adik Syahid akan dikesemadikan selepas solat Zuhur di Masjid Ehsan Kampung Kubu Gajah Sungai Buloh.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat adik Syahid.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Bazli UNIC IG




         ________________________





No comments: