08 June 2017

PEMERGIAN SYAHID: "SAYA REDHA, TAK TAHAN LIHAT DIA MERINTIH" - BAZLI UNIC



Kita semua sedia maklum mengenai berita sedih dimana anak kepada Bazli UNIC, Muhammad Syahid telah dijemput ilahi pagi semalam.

Arwah adik Syahid disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi di Hospital Kuala Lumpur, akibat kanser limfoma.

Bazli atau nama sebenarnnya Bazli Hazwan Che Osman, 33, ketika ditemui media memberitahu beliau dan isteri sudah redha dengan pemergian anak mereka.





Kata Bazli yang juga anggota nasyid UNIC, dua tiga hari lepas keadaan kesihatan Syahid terus merosot dan dia sering merintih kerana kesakitan.

"Saya redha dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan.

"Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti.

Klik untuk gambar besar


Allahyarham merupakan anak pertama daripada dua cahaya mata hasil perkongsian hidup antara Bazli dengan isterinya, Asiah Abu Bakar.

Seorang lagi anaknya, Muhammad Assfan kini berusia sembilan bulan.

Jenazah adik Syahid telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas solat Zohor semalam.






















www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mynewshub




         ________________________





No comments: