07 June 2017

KERETA SUAMI KENA PECAH - SHIMA ANUAR TERKILAN VIDEO PERKAHWINAN TURUT LESAP



Malang tak berbau...

Demikian yang menimpa pelakon filem '7 Petala Cinta' dan 'Highland Tower', Shima Anuar, 27, apabila cermin kereta suaminya, Mohd Solih Toha, 42, dipecah Ahad lalu.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 4 pagi sewaktu pasangan itu bersahur di sebuah kedai makan di Kampung Baru.





Shima bagaimanapun bersyukur kerana mereka selamat dan tiada di tempat kejadian sewaktu kereta suaminya dipecah.

"Saya mengidam nasi lemak dan kami makan lebih kurang 40 minit sahaja. Begitu pantas pencuri itu memecah kereta kami. Apapun, syukur kami selamat dan reda dengan apa yang berlaku," kata Shima.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Shima akui yang beliau tidak kisah kalau barang lain hilang dicuri tetapi terkilan apabila satu-satunya salinan video pernikahan dan resepsi perkahwinannya hilang.

"Saya tidak kisah barangan lain diambil dan menganggap itu bukan rezeki kami. Namun saya sangat terkilan apabila salinan video pernikahan dan perkahwinan turut lesap.

"Pencuri itu mengambil sebuah beg yang berisi wang tunai, dokumen penting serta salinan video berkenaan. Memang sedih sangat kerana itu sajalah satu-satunya salinan yang kami ada," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: