"Innalilawainalillahirojioun.. Suddenly Papa... i can't live without you my dad," tulis pelakon Rebecca Nur Al Islam yang baru sahaja kehilangan bapa tercintanya kelmarin menerusi video di akaun Instagram miliknya.
Bapa Rebecca, Ahmad bin Ariffin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Baharu dan di dalam video tersebut Rebecca sedang dalam perjalanan pulang untuk melihat jasad arwah bapanya buat kali yang terakhir.
Rebecca juga turut berkata di seolah-olah tidak percaya tentang pemergian bapa buat selama-lamanya kerana dia baru sahaja berjumpa dengan bapanya baru-baru ini. Berita pemergian bapanya ini diketahuinya daripada abangnya.
Di akhir video ini, Rebecca yang mengetahui berita pemergian bapanya ini daripada abangnya itu sempat meminta agar pengikut-pengikutnya di instagram untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapanya itu.
Klik untuk gambar besar
Sungguh sayu rasa hati apabila melihatkan air mata seorang anak yang mengalir kerana meratapi dan bersedih atas pemergian bapanya.
Semoga pemergian bapanya di dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini, bapanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga rohnya tenang di sana.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Rebecca.
www.myartis.com / Sumber: Rebecca Nur Islam
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment