07 June 2017

ISU HINA BAPA WATSON NYAMBEK: AMMAR TITAN & PRODUSER (STS) DIDAKWA DI MAHKAMAH



Berikutan menghina dan mempersendakan nama mendiang bapa pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program 'Sukan Tak Sentral' (STS), pelawak dan pengacara, Ammar Titan telah didakwa di Mahkamah Majistert Sibu semalam.

Menurut laporan The Star Online, Ammar didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu secara sengaja mengaibkan dengan niat untuk memecahkan keamanan.





Selain Ammar, produser rancangan komedi yang diterbitkan oleh Primeworks Studios, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar juga turut dituduh di atas dakwaan yang sama.

Majistret Saiful Sayoti melepaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin.

Ammar dan Abdul Ghani diarahkan untuk hadir semula ke mahkamah pada 4 Julai depan bagi sebutan semula kes.

Klik untuk gambar besar


Pada 24 April lalu, Watson membuat laporan polis berhubung jenaka di stesen televisyen itu yang didakwanya mempersenda bapanya dengan bunyi haiwan.

Watson membuat aduan polis berhubung jenaka di stesen televisyen itu yang didakwanya mempersenda bapanya dengan bunyi haiwan.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya.










www.myartis.com / Sumber: The Star Online




         ________________________





No comments: