07 June 2017

TAHNIAH - ISTERI SAHARUL RIDZWAN SELAMAT LAHIRKAN CAHAYA MATA LELAKI



Alhamdullillah.... pada jam 3.49 petang semalam (6 Jun 2017), pelakon Saharul Ridzwan telah bergelar bapa apabila isterinya Qaabila Deena Emir selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi lelaki.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram mereka masing-masing.





Menerusi perkongsian itu, ramai peminat membanjiri ruangan komen pasangan ini, mengucapkan tahniah diatas kelahiran orang baru dalam keluarga kecil mereka.

Dalam masa sama, ramai juga yang sudah tidak sabar ingin melihat wajah anak mereka ini.

Alhamdullilah, bulan Ramadhan yang pastinya penuh makna buat Saharul dan Deena. Semoga ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat. Tahniah kami ucapkan.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Saharul Ridzwan IG & Deena Emir IG




         ________________________





No comments: