06 June 2017

7 GAMBAR - AWAL ASHAARI SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN BUANG HEMPEDU



Pagi semalam, suami kepada Scha Al-Yahya iaitu Awal Ashaari telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang hempedunya di sebuah pusat perubatan.

Ditanya mengenai keadaan Awal, kata Scha, suaminya itu kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan yang berlangsung kira-kira sejam itu.

"Alhamdulillah, penyakit tidak serius sangat, dalam hempedunya ada batu. Jadi kena buang hempedu tersebut atau dipanggil Gallbladder.





"Insya-Allah, esok, lusa sudah boleh keluar. Dia menjalani surgery (pembedahan) pada pukul 8.30 hingga 11.30 pagi tadi dan semuanya selamat," ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, Awal diminta berehat selama seminggu sebelum kembali mengacarakan program Melodi terbitan TV3.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: