06 June 2017

ANDAI SUAMI 'BERUBAH' - ADIRA PASRAH, BADAN BELUM CUKUP RAMPING



Penyanyi Adira Suhaimi sebelum ini pernah berkongsikan bahawa dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga 25 kilogram tanpa berdiet.

Bagaimanapun, jumlah tersebut belum cukup lagi untuk memuaskan hati Adira itu sendiri. Malah dia juga pasrah sekiranya penampilannya selepas bersalin kurang disenangi suami.





"Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu. Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu. Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan," katanya.

Disoal pula mengenai suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Red yang kemungkinan berubah hati ekoran penampilannya kini, Adira berkata yang beliau lebih selesa menyerahkan perkara tersebut kepada Tuhan.

"Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan," jelas Adira yang mengakui tidak menolak rezeki jika dikurniakan cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Adira berkata suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan itu tidak membeza-bezakan semua anaknya.

"Saya pun tidak tahu perasaan dia kerana ini bukan pertama. Ini anak keenamnya. Dia macam biasa saja.

"Datuk Red ini sangat sayangkan anak-anaknya. Dia tidak beza-bezakan. Walaupun yang kecil baru dilahirkan, kasih sayang beliau tetap sama.



"Tiada yang berbeza dengan yang di sana dan di sini. Secara jujur kami tiada masalah. Kami baik-baik saja," jelasnya.

Adira melahirkan anak pertama pada 10 Mac lalu yang juga anak keenam bagi Datuk Red yang diberi nama Anggerik.

Melahirkan melalui kaedah pembedahan, Adira berkata berat badannya kini sekitar 49kg walaupun pernah mencecah 74kg semasa kehamilan.






www.myartis.com / Sumber: MMO




         ________________________





No comments: