06 June 2017

LAUDYA CYNTHIA BELLA (SYTD) KINI 'RAPAT' DENGAN ENGKU EMRAN?



"I'm blessed and thank you Allah for Every day, Everything, and E 🙏🌈❤️," demikian kata pelakon sinetron dan siri filem popular 'Surga Yang Tidak Dirindukan (SYTD)', Laudya Cynthia Bella di laman Instagram miliknya.

Huruf 'E' tersebut difahamkan adalah bekas suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira iaitu Engku Emran. Tidak pasti sudah berapa lama mereka berdua berkenalan.





Ini kerana Bella dilihat sering memberikan komen di foto-foto yang dimuatnaik oleh Engku Emran. Antara komen tersebut:

"Yaaaayyy congrats Abang E," tulis Bella pada ruangan komen di laman Instagram Engku Emran.

Bella sehingga hari ini masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung gosip percintaan tersebut meskipun ia sudah mendapat perhatian ramai.

Klik untuk gambar besar


Gosip Bella yang dikatakan kini sedang bercinta dengan Engku Emran kini cukup hangat dalam dunia hiburan di Indonesia.

Apakah benar Bella dan Engku Emran sedang bercinta? Erm, rasanya tidak salah untuk mereka berdua cuba untuk menjalin hubungan kan?

Kedua-duanya masih solo dan siapa tahu mereka ada jodoh bersama sehingga ke jinjang pelamin.




www.myartis.com / Sum: Tribun News




         ________________________





No comments: