29 June 2017

BAJU RAYA DIKRITIK, JADI TROLL: "MEREKA MEMANG KREATIF" - NORA DANISH



"Kain tu tak seksi pun. Lagi pula kain renda itu tebal dan tidak jarang. Malah kain dalam (lining) pun sampai paras lutut.

"Lain kalau saya bertudung dan dipadankan dengan kain itu, sesuailah kalau tular.

"Saya anggap mereka tak ada kerja," kata pelakon Nora Danish, 35, yang mempertahankan tindakannya memakai pakaian itu meskipun dianggap seksi oleh peminat.





Dalam masa sama, Nora turut 'memuji' kreativiti pengguna laman sosial apabila menyamakan baju raya yang dipakainya dengan alas meja dan baju tidur.

Meskipun busana warna putih yang digayakannya bersama suami pada pagi raya lalu dikecam dan dikritik peminat, Nora berkata yang beliau sudah lali menjadi bahan kritikan peminat di laman sosial.

"Saya berasa mereka bosan. Lagi pula mana ada mengenai saya yang tak tular. Saya sudah biasa dengan semua itu. Mereka memang kreatif.

Pun begitu, ada segelintir peminat tetap memberi sokongan dan menyifatkan Nora sudah matang dalam setiap tindakan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...