Semua sedia maklum mengenai kisah Nur Sofia Inara, anak sulung pelakon 'Juvana', Idzham Ismail dan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin yang dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram.
Idzahm ketika ditemubual bagi bertanya mengenai perkembangan tekini bayi perempuanya itu berkata sehingga kini Inara masih lagi berada di NICU Hospital Shah Alam sejak dilahirkan 24 Mei lalu.
"Ya, masih lagi di NICU. Insya-ALLAH, akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Harap-harapnya begitulah sebab setakat ini perkembangan bayi Alhamdulillah sangat baik dan positif," ujar Idzham.
Namun begitu, Idzham tidak memberitahu secara terperinci mengenai masalah yang dihadapi bayinya itu.
"Sakit apa? Ramai yang bertanya tetapi itulah, saya sendiri pun tak pasti lagi. Nantilah bila dah dapat jawapan yang pasti daripada doktor barulah saya akan maklumkan.
"Buat masa ini, baby masih lagi di bawah pemantauan doktor, jadi saya tak berani nak cakap apa-apa. Cuma apa yang saya harapkan adalah doa daripada semua supaya anak saya ini segera sembuh," jelasnya ringkas.
Sejak dilahirkan, bayi pasangan ini masih di hospital dan sejak itulah juga, mereka suami isteri akan sentiasa berulang alik ke hospital bagi menjenguk anak kesayangan mereka itu.
Klik untuk gambar besar
Dengan memuatnaik gambar tangan anaknya dan isteri dengan kapsyen 'Pandai dah dia genggam tangan ummi dia tak nak bagi balik ye sayang'. Netizen melahirkan perasaan sedih kerana terdapat kesan cucukan di tangan anak kecil itu.
Setiap gambar anak mereka yang dimuatnaik Idzham dan isteri dihujani komen dan doa daripada followers.
Idzham dan Bella melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 27 Ogos di Masjid Shah Alam.
Selepas lapan bulan mengenali hati budi masing-masing, Idzham mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Bella yang berkhidmat sebagai pramugari dan bertugas di Arab Saudi pada 27 Ogos lalu.
www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment