"Saya tak bercuti lagi jadi saya ambil ini sebagai cuti sambil beribadah. Saya rasa lagi baik, dan saya rasa duduk sana tenang, tidak rasa nak pergi tempat-tempat lain selain Mekah.
"Raya tahun ini saya akan beraya di Mekah buat kali ke-2. Alhamdulillah saya dapat pergi lagi," demikian kata pelawak dan pelakon Zizan Razak yang memberitahu bakal menyambut Raya sambil bercuti di Mekah.
Menurut Zizan, dia akan berangkat ke Tanah Suci itu pada 14 Jun iaitu pada malam sepuluh terakhir Ramadan.
"Saya akan pergi pada 14 Jun ini dan akan balik semula ke Malaysia pada hari Raya ke-2," katanya yang ditemui media di Majlis Berbuka Puasa TV3 dan TV9.
Tambahnya lagi, kesibukan bekerja membuatkan dia mengambil langkah ini untuk berehat serta bercuti seketika dan telah memilih Mekah sebagai destinasi pilihan percutian.
"Sekiranya berkemampuan pergilah, itu tempat yang baik untuk bercuti dan tempat kita mengenal diri, bagaimana kita nak lalui akhirat nanti di padang masyar, yang kita nak kejar pahala dan amalan kita," tambahnya lagi.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment