09 June 2017

LUAHAN HATI BAZLI UNIC - AYAH RINDU KAMU NAK...



"Syahid.. Waktu ni biasanya ayah akan salin pempers Syahid, ayah akan lap badan Syahid, ayah usap lembut badan Syahid, ayah betulkan posisi bantal Syahid, ayah akan selimutkan Syahid, ayah akan peluk Syahid sampai Syahid tenang sambil ayah akan baca bisikan dekat telinga Syahid surah-surah yang Syahid suka.. Sungguh ayah rindu kau naakk.

"Syahid.. Ayah masih terkenang detik semalam saat ayah tunggu di luar penuh debaran dan tiba-tiba doktor keluar blik bagitau yang syahid dah tak ada dan ayah sila boleh masuk sekarang untuk peluk anak.. Hanya Allah yang tahu perasaannya.





"Syahid.. Jika Allah bertanya kelak tentang ayah. Syahid bagitahulah bahawa ayah dah cuba sedaya mampu untuk mengubati dan mengurus Syahid. Ayah dah cuba mendidik Syahid dengan didikan paling terbaik. Ayah dah jalankan amanah sebagai ayah dengan cara paling berhikmah.

"Syahid.. Jangan lupa tarik tangan umi ayah pimpin tangan kami ye untuk masuk syurga. Kita baca quran sama-sama lagi kita bergurau sama-sama di syurga indah bahagia.

"Syahid banyak mengajar ayah supaya bersabar dalam membesar dan mengurus anak. Syahid inspirasi ayah untuk menjadi ayah yang kental berjiwa pahlawan. Syahid mengajar ayah supaya menjadi jantan yang kuat. Bangkit dan bangkit tak mudah menyerah lembik.

"Syahid.. Waktu kelahiran Syahid ayah cipta khas lagu 'Bintang Syurga' tujukan untuk Syahid. Supaya ia menjadi doa dan motivasi kau. Harini kau benar-benar menjadi bintang syurga naaak.

"Syahid.. Berlari-larilah kau di dalam taman syurga dengan penuh riang. Tak ada sakit lagi tak ada ubat lagi tak ada merintih lagi kerana kau adalah BINTANG SYURGA."




www.myartis.com / Sumber: Bazli UNIC IG




         ________________________





No comments: