09 June 2017

DERITA SAKIT - DUA PEMUZIK 1980-AN TERIMA BANTUAN RAMADAN & SYAWAL



Dua pemuzik popular tahun 1980-an iaitu gitaris kumpulan Rampa, Zainal, 66, dan pemain trompet kumpulan Heavy Machine, Mohd Yatim Abdullah, 61, yang ketika ini menderita melawan penyakit telah menerima kunjungan serta bantuan dari wakil penggiat seni.

Zainal, 66, yang kini tinggal di Pangsapuri Teratai Mewah, Kuala Lumpur itu sudah lapan tahun menghidap penyakit saraf dan tulang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda yang dibantu isterinya, Noraini Zainal Abidin, 58.

Pada masa sama, Zainal memeberitahu bahawa wang milik isterinya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah habis digunakann untuk merawat penyakitnya itu.





Zainal yang menerima sumbangan wang tunai untuk Ramadan dan Syawal dari Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez ketika mengunjungi itu berkata keadaan dirinya sekarang menyebabkannya tidak boleh bermain muzik.

"Sejak dua tahun lalu, saya tidak boleh bermain gitar. Apabila dirujuk ke hospital, doktor mencadangkan saya melakukan pembedahan namun diberitahu tiada kepastian untuk kembali pulih seperti biasa.

"Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan alternatif dan mengambil makanan tambahan, kesihatan saya bertambah baik. Freddie Fernandez

"Saya sudah boleh berjalan menggunakan tongkat atau dibantu isteri," kata Zainal yang juga merupakan bekas vokalis asal kumpulan Search pada awal penubuhan band itu pada era 1980-an.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, kata Zainal lagi, jarinya boleh digerakkan sedikit demi sedikit.

"Dua bulan lalu, saya sempat menjayakan sesi 'jamming' bersama kawan-kawan di studio untuk melepaskan rindu," ujarnya.

Manakala, Mohd Yatim, 61, pula ketika ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit angin ahmar yang dihidapinya sejak 2015 lagi.

Beliau dimasukkan ke HKL sejak 2 Jun lalu akibat kesukaran bernafas dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja.

Yatim ketika sihat dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)


"Yatim masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Keadaannya bertambah baik tetapi masih lemah. Ketika bertemunya, dia masih kenal saya," jelas Datuk Freddie.

Dalam pada itu, Datuk Freddie berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib anggota kumpulan muzik itu dan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengembirakan mereka terutamanya menjelang hari raya yang bakal tiba.

Datuk Freddie bersama pelakon Ezany Nizariff yang turut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka menyara hidup.

"Diharap dengan kunjungan ini dapat menggembirakan mereka dan saya sedikit lega melihat perkembangan positif Yatim dan Zainal namun mereka masih perlu diberi perhatian," tuturnya.

Menerusi kumpulan Rampa, Zainal bergandingan dengan Poe, berimej rambut panjang dan popular dengan lagu 'Jemputan Kahwin'.

Heavy Machine pula cukup dikenali dengan lagu 'Gelombang Cinta'.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar




         ________________________





No comments: