09 June 2017

TAHNIAH - ISTERI IKHWAN KOOL FM SAH HAMIL SELEPAS KEGUGURAN



"Allhamdullilah baby sihat begitu jugak dengan mak pak nya! Membesar dengan sihat! #myanjetowira #16weekspregnant," kata isteri kepada Ikhwan Kool FM, Noor Idayu Mohd Shari atau Ayu di laman Instagramnya.

Apa yang mencuri perhatian para netizen apabila dihujung kapsyen itu ada hashtag #16weekspregant. Tindakkannya itu menimbulkan pelbagai pertanyaan. Ada juga yang pelik dan terkejut dengan hashtag tersebut.

Terdahulu Ikhwan pernah berkongsi momen sedih mengenai isterinya yang keguguran selepas mengalami pendarahan, kini mereka membawa khabar gembira buat semua peminat.





Menurut Idayu ketika dihubungi, kandungannya kini telah mencecah 3 bulan dan tidak menyangka diberi rezeki dalam masa terdekat. Idayu juga sempat memberi tahu kemungkinan bakal bersalin pada hujung bulan Disember nanti.

Pernah berada dalam kemelut kesedihan selepas keguguran buat kali pertama hasil perkongsian hidup bersama Ikhwan, Idayu kelihatan sangat gembira dan teruja untuk menyambut kehadiran orang baru.

Kedua pasangan ini telah diijabkabulkan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada awal Januari yang lalu dengan mas kahwin RM3,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Ikhwan, Idayu mempunyai seorang cahaya mata berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, @kipasantik84




         ________________________





No comments: