10 June 2017

MAJLIS KAHWIN - HANS ISAAC TERPAKSA TUNDA TARIKH LAIN



Majlis perkahwinan pelakon dan produser filem Datuk Hans Isaac dengan Gabrielle Robinson yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini, terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Ini kerana kata Hans, keputusan itu dibuat berikutan bapa kepada tunangnya itu tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan disebabkan terikat dengan kerja di luar negara.

"Silap saya juga kerana tidak berbincang dengan keluarga Gabrielle mengenai tarikh perkahwinan yang saya sendiri pilih itu. Ingatkan nak buat kejutan.





"Saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang kerana terikat dengan kontrak di Austria.

"Apapun majlis perkahwinan itu akan tetap diteruskan pada tahun ini juga kerana bayaran untuk hotel dan pelbagai perbelanjaan lain sudah pun dijelaskan

"Kami mungkin akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi mengikut tarikh kesesuaian dan kekosongan hotel Majestic.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini pihak hotel belum beritahu tarikh yang ada. Tapi ia akan berlangsung pada tahun ini juga," ujarnya ketika media ditemui pada majlis tayangan program raya Astro yang diadakan di hotel Majestic.

Dalam pada itu, Hans berkata, persiapan untuk majlis berkenaan hampir siap sepenuhnya.

"Semua hampir siap dan ia boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah kerana ini merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya. Jadi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja," katanya.



Tambahnya, dia juga tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk majlis bahagia berkenaan.

Februari lalu, Hans mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan bekas ratu cantik berusia 28 tahun itu selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hans turut memberitahu, pihaknya sudah pun menarik balik keputusan untuk menyaman bekas teman lelaki Gabriella, Robin Coenraad, yang menyebarkan fitnah terhadap tunangnya di laman sosial.

"Saya anggap kes ini sudah selesai dan dia (Robin) sudah pun menarik balik kenyataan yang ditulisnya di laman sosial sebelum ini," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...