02 June 2017

BERSALIN BULAN PUASA INI - AYU RAUDHAH AKUI TAK SABAR TIMANG 'BABY GIRL'



"Ini puteri sulung kami. Sudah ada dua hero, jadi apabila ada seorang puteri ini rasa lebih lengkap rumah tangga kami.

"Insya-Allah, saya sebenarnya hanya menunggu masa sahaja ketika ini. Rasanya dalam bulan mulia ini saya bakal bersalin. Jadi tak boleh puasalah ceritanya.

"Raya nanti pun orang sibuk makan rendang saya makan sup ikan sahajalah, berpantang, kan," demikian kata isteri kepada Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah yang mengakui tidak sabar untuk menimang bayi perempuan itu.





Ayu yang kini hanya menunggu masa untuk detik kelahiran puteri sulung mereka itu sudah menyiapkan persiapan untuk saat kelahiran bayi tersebut termasuk menyediakan hospital di dua lokasi berbeza.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser, 4, dan Muhammad Aisy Aryann, 3.

Apapun, semoga segala urusan bersalin Ayu yang merupakan adik kepada Rozita Che Wan ini dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Utusan




         ________________________





No comments: