02 June 2017

AL-FATIHAH - SOEPRIHATI SIKOM @ MAMA ROCK KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Pelapis Malaysia, Soeprihati Sikom atau dikenali Mama Rock yang meninggal dunia pada jam 9 malam semalam akibat serangan jantung di kediamannya di Kuang, Selangor.

Persatuan Seniman Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan Soeprihati menghembuskan nafas terakhirnya disamping keluarga pada usia awal 60-an





Katanya, urusan pengebumian jenazah pelakon drama dan filem tempatan terbabit akan dilakukan di kediaman berkenaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 17 Kuang, hari ini.

"Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian. Persatuan Seniman Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Mama Rock semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah di Syurga Allah," katanya.

Al-Fatihah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Persatuan Seniman Malaysia IG




         ________________________





No comments: