Biarpun kandungan isterinya Nurul Shuhada Mat Syukri kini sudah memasuki enam bulan, pelakon Hafidz Roshdi, 23, mengambil keputusan untuk tidak mengetahui status jantina anak.
Ini kerana kata Hafidz, dia dan isteri ingin menjadikan perkara itu sebagai satu kejutan bagi menambah keterujaan menyambut hari kelahiran nanti.
"Buat masa ni biarlah ia menjadi rahsia sebab dari awal kami memang mahu jadikan ini antara kejutan.
"Perempuan atau lelaki, kami tidak kisah asalkan bayi itu nanti sihat walafiat, itu dah cukup untuk buat kami rasa bersyukur," katanya.
Dalam pada itu, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi mengakui dia dan isterinya itu sudah mula membeli barang-barang kelengkapan bayi.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, untuk lebih selamat, kebanyakan barangan yang dibeli itu lebih kepada barangan unisex.
Sementara itu, Hafidz turut meluahkan kerisauannya terhadap isteri kerana akan menjalani penggambaran bersama produksi Zeel Productions di London selepas Aidilfitri depan.
"Risau sebenarnya sebab kandungan isteri semakin sarat namun timbul rasa sedikit lega apabila isteri bersetuju untuk tinggal bersama keluarga saya sepeninggalan saya ke London nanti," ujarnya yang berkahwin Nurul Shuhada pada 30 April 2016.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment