24 June 2017

DIDAKWA JADI PENGACAU RUMAH TANGGA NORMAN - ABBY 'BIDAS' HATERS



"Bahagia sangat ke sampai cari salah orang, lepas bercerai saya tak pernah kacau Norman"

Demikian bidas bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi yang meluahkan rasa kesal terhadap komen negatif yang diberikan terhadap hubungan baiknya bersama bekas suaminya, Norman Hakim.

Menurut Abby, dia menganggap dakwaan mengatakan dirinya masih lagi tidak boleh melupakan Norman dan menjadi pengacau rumahtangga pelakon itu sememangnya biadap.





Menerusi akaun Instagramnya hari ini, Abby akui terkilan dengan fitnah yang dilemparkan kepada dirinya tanpa mengetahui hakikat sebenar sedangkan hubungan kedua-dua keluarga mereka akrab.

"TQ @normanhakim_786, Sediakan sepersalinan baju melayu + sampin raya pertama untuk semua anak-anak lelaki termasuk Danish. (Baju Awish & Arisz takde dalam gmbr). Baju Dania & Baby Memey uruskan sebab ambil butik Meylana punya je kan? Hehe.

"Paling tak sangka, Oman tak lupa sampin untuk Jai juga. So sawitttt utk tahun ni, Hehe... Harap tahun depan dapat sediakan lebih lagi.

Klik untuk gambar besar


"Saja tunjuk sebab kami memang berhubung baik sekarang. Tapi dalam pada makin baik tu, terbaca dekat FB, ada yang tuduh saya tak boleh move on lagi dengan Norman. Adehhh! Kesian suami Abby katanya. Selalu nampak Abby komen kt IG Norman.

"Ye betul saya ada komen dekat IG Oman, tapi tak adalah selalu, sesekali je saja ngusik. Macam kawan2. Kadang- kadang pasal anak-anak. Norman balas ok je. Dorang tu yang sakit kenapa? Hehe. Harap sangat, cukuplah sibukkan diri mencari salah orang tu.

"Hidup tu dah bahagia sangat ke sampai asyik mencari salah silap orang je? Orang dari bergaduh boleh berbaik ni, patut doakanlah agar terus dalam kebaikan, ini mcm sakit hati pulak.



"Macam kalau boleh pasangan yang bercerai mesti kena bergaduh. Biar anak-anak huru -hara. Tak dapat nak merasa kasih sayang kedua-duanya, gitu ek?," jelasnya.

Tambah Abby lagi, luahan tersebut bukanlah bertujuan mengaibkan sesiapa hanya untuk memberi penjelasan supaya mereka memahami situasi dan keakraban hubungannya dengan Norman.

"Nak raya dah ni okay. Bersihkan jiwa... Doakan yang baik-baik untuk semua okay. Kita tulis ni dengan niat nk yang diluar sana jangan ada salah faham lagi tentang hubungan saya & Oman ye.

"Sejak bercerai saya tak pernah kacau hidup Norman kecuali berkaitan anak-anak. Anak-anak nak shopping ke, sakit ke, apa ke, bila dengan saya, semua atas saya. Hidup saya pun saya tanggung sendiri ye. Harap Maklum. Sekian," tulisnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: