24 June 2017

BAZLI UNIC BAWA KELUARGA KUMPUL SEMULA SEMANGAT DI LUAR KOTA



Bagi menenangkan fikiran sempena menyambut Aidilfitri tahun ini, anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan Che Osman berhasrat membawa keluarganya bercuti dan keluar daripada hiruk-pikuk ibu kota

Bazli berkata, beliau dan isteri juga sudah memilih tema warna coklat untuk digayakan mereka sekeluarga di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun akur dengan suratan takdir anak lelakinya, Muhammad Syahid terlebih dulu pergi menghadap Ilahi.

Adik Syahid berusia 4 tahun meninggal dunia pada 7 Jun lalu selepas bertarung dengan barah Lymphoma sejak Disember 2016.





"Perancangan Allah adalah yang terbaik. Bagi kami pula, tiada apa-apa persiapan yang meriah pada tahun ini, sebaliknya saya memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kesihatan yang baik dan dapat beraya bersama anak serta isteri.

"Tahun ini, saya ingin membawa keluarga bercuti ke Terengganu dan Pahang untuk menghirup udara segar di kawasan pantai bagi mengumpul semula semangat dalam usaha memulakan lebaran baharu.

"Alhamdulillah, doa orang ramai turut memberikan kami semangat dan inspirasi. Sukar untuk saya gambarkan kesedihan kehilangan zuriat, tetapi kehidupan harus diteruskan.

Klik untuk gambar besar


Malah, saya dan isteri saling menguatkan antara satu sama lain. Syahid sendiri dijemput Allah pada bulan mulia dan dalam keadaan baik," kata Bazli.

Berita penderitaan adik Syahid mula mendapat perhatian ramai sejak Mac lalu. Allahyarham yang dirawat di HKL, sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi selama setahun.

Kanak-kanak itu ialah cahaya mata sulung hasil perkahwinan Bazli dengan Asiah Abu Bakar. Pasangan berkenaan turut mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Assfan, yang kini berusia sembilan bulan.

"Saya juga ingin melawat beberapa teman di HKL yang sama-sama berjuang selama enam bulan di wad, selain jururawat dan doktor yang banyak membantu ketika Syahid terlantar di sana," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: