24 June 2017

NAMA 'SYERIV SAMHEIZY' DIPERTIKAIKAN: "KAMI ADA HAK" - SYATILLA MELVIN



"Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

"Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu," kata isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mengenai nama anaknya yang dipertikaikan.

Ini kerana sejak nama anak lelakinya, 'Syeriv Samheizy' yang kini berusia 46 hari didedahkan, ramai pihak mempertikaikan nama yang diberikan pasangan ini.





Ada yang mempersoalkan maksud disebalik nama yang diberikan tetapi bagi Syatilla, beliau menganggap ianya sebagai gurauan dari peminat.

Menurut Syatilla, nama anak sulungnya sebenarnya mempunyai maksud yang baik iaitu 'Syeriv Samheizy' yang membawa maksud 'Yang Mulia'. Cuma nama tersebut diubah suai sedikit ejaannya supaya nampak kelainan.

"Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Ditanya reaksi Sam mengenai perkara itu, Syatilla yang melahirkan 'Syeriv Samheizy' pada 9 Mei lalu berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu mengenainya.

"Kami memang jarang membaca komen netizen di laman sosial terutama yang beri komen negatif. Lebih baik saya fokus pada perkara lain yang lebih penting,' tuturnya.

Jika melihat pada ruangan komen pasangan ini, bermacam reaksi dapat dilihat apabila mendapat tahu nama itu. Selain menanyakan maksud nama, ada juga yang menyindir nama itu susah disebut oleh guru apabila bayi itu bersekolah.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: