14 June 2017

HASRAT YANA SAMSUDIN INGIN HAMIL LAGI TERPAKSA DITANGGUH



"Meskipun anak saya baru berusia 10 bulan, tapi keinginan untuk menimang cahaya mata kedua itu membuak-buak," demikian kata pelakon Yana Samsudin mengenai keinginan yang mahu hamil lagi meskipun anak lelakinya, Aisy Mateen baru berusia 10 bulan.

Bagaimanapun atas nasihat doktor, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan dahulu atas faktor keselamatan kerana anak sulung itu dilahirkan secara pembedahan.





"Tapi baru-baru ini ketika berjumpa dengan doktor, dia menasihatkan saya supaya seelok-eloknya hamil selepas anak saya berusia dua tahun kerana saya melahirkan anak pertama secara pembedahan.

"Lagipun, Mateen masih menyusu badan sepenuhnya dan kelihatan seperti sukar untuk putuskannya jika saya hamil dalam masa terdekat nanti.

"Jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk Mateen dahulu sebelum lahirkan anak kedua nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Yana memberitahu yang dia lebih suka membesarkan anak-anak kecil serentak.

Klik untuk gambar besar


"Saya kalau boleh mahu membesarkan anak-anak serentak, maksudnya biar mereka kecil sama-sama dan besar sama-sama. Saya rasa lebih mudah dan seronok begitu," tuturnya.

Yelah bila sudah ada cahaya mata sulung, memang lumrah wanita akan teringin untuk melalui pengalaman hamil sekali lagi.

Apa-apa pun, tunggulah sehingga badan Yana pulih sepenuhnya sebelum hamil anak kedua nanti. InshaAllah, akan ada rezeki untuk Yana timang cahaya mata lagi.














www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: