13 June 2017

ELFIRA LOY AKUI MULA PANDANG SERIUS HUBUNGAN DENGAN SUFIAN



Jika sebelum ini, pelakon Elfira Loy gemar berselindung tentang pemilih belahan hati tetapi kini beliau mengakui dirinya lebih bersikap terbuka apabila berbicara tentang cinta.

Elfira yang sering kali terbuka menunjukkan kemesraan beliau bersama Sufian Suhaimi itu sudah mula memandang serius terhadap percintaan mereka kerana terpikat dengan kejujuran Sufian.

"Sebelum ini, saya dibelenggu perasaan kurang yakin tentang keikhlasan lelaki yang cuba mendampingi diri ini. Adakah benar ia kerana cinta atau sekadar suka-suka.





"Situasi itu bagaimanapun berbeza sejak saya mengenali Sufian. Berdasarkan kejujuran Sufian. saya mula memandang serius terhadap hubungan kami selain mengharapkan agar menemui kesudahan yang membahagiakan," jelas Elfira.

Dalam pada itu, Sufian yang hangat dilanda kontroversi didakwa menggoda isteri orang memberitahu bahawa beliau kini sedang cukup bahagia dengan Elfira. Ia sekaligus memberikan kenyataan bahawa kontroversi itu tidak logik.

"Bagi saya, dakwaan ini adalah perkara yang tidak logik. Hal ini kerana semua orang tahu saya sedang berbahagia dengan Elfira, jadi mengapa perlu menggoda isteri orang," kata Sufian.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Kosmo




         ________________________





No comments: