13 June 2017

GAMBAR DEPAN PAGAR ISTANA TULAR & DIPERSOAL - BOY IMAN TAMPIL JELASKAN



"Saya ada membawa jurukamera namun dia tidak dibenarkan mengambil gambar saya di dalam istana kerana pihak istana sudah ada jurukamera yang ditetapkan pihak berkenaan.

"Tidak salah jika saya mengambil peluang bergambar di hadapan pagar Istana Pahang di ibu negara menggunakan jurukamera yang saya bawa sendiri sebagai kenangan.

"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada juga muatnaik beberapa gambar ketika menerima darjah itu dalam istana yang diberikan oleh jurukamera istana yang sah di Instagram menggunakan nama 'boyiman_dbiriansjeneral'.





"Tetapi mengapa gambar di depan pagar itu juga yang menjadi bualan pengguna laman sosial itu.

"Ini adalah tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab apabila cuba menjadikan gambar berkenaan tular di laman sosial," demikian perjelasan Datuk Dr Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 37.

Boy Iman mengulas mengenai gambar tular beliau yang mendakwa menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), baru-baru ini bergambar di hadapan pagar istana sehingga menerima kecaman netizen.

Menurutnya, beliau menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk itu pada 24 Mei lalu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Boy Iman tidak melatah dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai satu perkara positif.

Secara tidak langsung isu tersebut memberikan beliau publisiti dan menjadikan perniagaan beliau lebih maju.

Boy Iman juga telah memaafkan pihak yang membangkitkan isu ini dan redha dengan apa yang sudah berlaku.

"Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai perkara positif selain berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana membantu saya mendapatkan publisiti terutama untuk menjadikan perniagaan yang saya lakukan sekarang ini lebih maju," katanya.



"Sempena Ramadan, bulan baik ini tidak baik kalau kita nak marah-marah orang. Saya bukan tidak ambil peduli sebaliknya saya nak ucap Alhamdulillah saja apa yang berlaku.

"Puasa bukan saja menuntut untuk kita menahan lapar tetapi juga perbuatan dan percakapan. Saya bersyukur dan berharap semoga semua terus menyokong saya," tuturnya.

Terdahulu, pada penghujung 2016 gambar Boy Iman menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari sebuah kolej swasta turut tular di laman sosial.

Penganugerahan berkenaan turut mengundang pertikaian ramai pihak apabila majlis konvokesyen yang diadakan didakwa tidak ubah seperti 'cabutan bertuah'.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: