13 June 2017

'MUHAMMAD LUTH ALI', NAMA ANAK SULUNG SAHARUL RIDZWAN & ISTERI



Setelah genap usia tujuh hari, Saharul Rizdwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir telah memilih nama 'Muhammad Luth Ali' untuk cahaya mata sulung mereka ini.

Tiga patah nama itu adalah inspirasi kepada dua orang nabi iaitu Muhammad dan Luth, manakala Ali pula membawa makna 'yang mulia dan tinggi kedudukan'.

Pemilihan nama itu dibuat oleh Saharul Ridzwan pada majlis tahnik yang dilakukan oleh Finalis Akademi Al-Quran TV9 iaitu ustaz Tarmizi Abdul Rahman.





Perkongsian nama itu dimaklumkan oleh Saharul dan isteri menerusi laman Instagram miliknya masing-masing.

"Alhamdulillah selesai majlis Tahnik yang dibimbing oleh ustaz Tarmizi. Hari ini jatuhnya hari ke tujuh selepas kelahiran anak saya, saya dan suami menamakan anak kami Muhammad Luth Ali Bin Saharul Ridzwan.

"Membersarlah dengan sihat dan bijak anakku, sayanyi Allah, sayangi RasulNya, sayangi agamaNya, sayangi ibu-bapamu, InsyaAllah syurga buat kita," kata isteri Saharul.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu Saharul Ridzwan pula berharap bayinya menjadi anak yang soleh selain berterima kasih kepada bapanya Hashim Yahya kerana membesarkan dia sehingga Saharul pula melalui pengalaman bergelar seorang bapa.

Namun begitu, pasangan ini masih lagi menyembunyikan wajah anak lelaki mereka ke pengetahuan umum.

Untuk rekod, Saharul dan Deena selamat bernikah pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir pada 6 Jun lalu.










www.myartis.com / Sumber: mstar




         ________________________





No comments: