13 June 2017

TAHNIAH - AYU RAUDHAH & SUAMI SELAMAT TIMANG ANAK KETIGA, BABY GIRL



Pada jam 10.52 pagi semalam di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah menimang cahaya mata ketiga mereka apabila bayi perempuan tersebut selamat dilahirkan.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Zaquan yang merupakan pemain bola sepak menerusi laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah dengan izin Allah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 am pagi tadi. Syukur pada mu ya Allah," tulisnya di IG.





Menerusi perkongsian tersebut, ramai peminat membanjiri ruangan komen pasangan ini, mengucapkan tahniah diatas kelahiran 'orang baru' dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka.

Pastinya ini saat yang paling dinantikan oleh pasangan tersebut yang sebelum ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Tahniah kami ucapkan dan semoga keluarga Ayu dan Zaquan dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki yang lebih lagi dengan kehadiran insan baharu ini.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Zaquan Adha IG




         ________________________





No comments: