Akhirnya setelah setahun kahwin, Hafiz Suip, 27, dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah bakal menimang cahaya mata pertama mereka.
Kerana terlalu teruja dengan berita gembira itu, juara Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) itu telah berkongsi rakaman video semasa melakukan pemeriksaan kandungan isterinya yang dilakukan di Pusat Pakar Perubatan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) di Instagram.
Menurut Hafiz, biarpun kandungan isterinya itu masih awal iaitu 11 minggu, dia mahu berkongsi kegembiraan bersama peminat-peminatnya.
"Memang rasa sangat teruja apabila dapat tahu isteri mengandung pada beberapa minggu lalu. Kini usia kandungannya sudah memasuki fasa pertama.
"Saya nak kongsi berita gembira ini dengan semua peminat sebab itu saya memuat naik video tersebut di laman sosial biarpun kandungan masih awal," kata Hafiz.
Tambah Hafiz lagi, selain isteri dia juga mengalami alahan yang teruk dan kerap muntah.
"Alhamdulillah, alahan yang dialami Nureffy semakin hari semakin baik. Biasalah, pembawaan ibu mengandung yang sentiasa rasa mual.
Klik untuk gambar besar
"Malah, saya mengalami alahan dan muntah-muntah seperti dia. Sekarang saya perlu fikir tentang keadaan kesihatan dan menjaga makan minum isteri dengan baik," ujarnya.
Mesti ramai yang tak sabar nak tahu jantina bayi sulung Hafiz ini. Pernah dengar orang cakap, jika alahan dialami oleh si suami, ada kemungkinan bayi dalam kandungan adalah perempuan.
Hafiz Suip dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016 dan bayi sulung pasangan ini dijangka lahir pada penghujung tahun ini.
www.myartis.com / Sumber: mstar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment