15 June 2017

PANAS... BILA DATUK RED 'KANTOI MENGORAT' SEKALI LAGI



Sejak akhir-akhir, ramai selebriti Malaysia yang didakwa menggoda wanita termasuklah suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira iaitu Datuk Red.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu didakwa 'kantoi mengorat' apabila beberapa 'screenshot' perbualan beliau bersama seorang wanita di Instagram tersebar.

Bila melihat dakwaan ini, teringat pula kenyataan Adira sebelum ini yang mengakui redha jika suaminya itu berubah selain menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah.





Perkongsian beberapa 'screenshot' yang dikongsikan di laman forum CARI itu juga turut mempunyai wajah Datuk Red sendiri selain dakwaan bahawa perbualan tersebut sebenarnya sudah terjadi sebelum Adira melahirkan anak lagi.

Malah isu tersebut hangat diperkatakan di laman sembang tersebut.

Sejauh mana kebenaran perkara ini tidaklah kami ketahui. Apa pun, hanya empunya badan mengetahui perkara sebenar tentang apa yang terjadi mengenai perbualan di Instagram tersebut.

Kami harap kedua-dua isterinya baik-baik sahaja. Nantikan apa pula kenyataan Datuk Red mengenai isu panas ini.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Forum CARI




         ________________________





No comments: