30 June 2017

KAD KAHWIN HITAM PUTIH UMMI NAZEERA TARIK PERHATIAN



Hari bahagia semakin dekat iaitu lebih kurang sebulan lebih, pelakon Ummi Nazeera, 27, sudah mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya kepada saudara mara dan rakan terdekatnya.

Ummi dan tunangnya, Dr. Mohd Izzar Anwari bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 3 Ogos depan.

Kad undangan itu juga menjadi perhatian peminat yang memuji reka bentuknya yang cukup istimewa dan eksklusif iaitu dari warna putih dan hitam, selain edisi berwarna emas serta corak bunga mawar dari rona sama.





Tambah menarik, kad itu turut memaparkan gambarnya bersama bakal suami yang diambil ketika majlis pertunangan mereka pada tahun lalu.

Ummi menerusi Instagram miliknya turut memuatnaik gambar kad undangan itu dan mengambil kesempatan menziarahi keluarga dan rakan-rakannya untuk mengedarkan jemputan hari bahagianya itu nanti.

Peminat pelakon drama itu turut mendoakan kebahagiaan Ummi dan bakal suaminya, selain berharap majlis yang bakal berlangsung itu nanti berjalan lancar.

Klik untuk gambar besar


Majlis pernikahan Ummi dan pasangannya bakal berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Manakala kenduri disebelah pihak pengantin perempuan akan diadakan dua kali iaitu pada 5 Ogos dan 12 Ogos 2017.

Pada 11 Disember 2016, Ummi mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Dr Mohd Izzra pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.




www.myartis.com / Sumber: mstar




         ________________________





No comments: