30 June 2017

AKSI KANG GARY DI PENANG CUIT HATI PEMINAT



Selepas beberapa insiden dan kontroversi mengenai dirinya diperkatakan media massa, bekas ahli program Running Man iaitu Kang Gary membiarkan akaun Instagram kosong tanpa sebarang entri.

Sehinggalah pada tanggal 19 Jun, Kang Gary kembali memuatnaik sekeping gambar berlatar panaroma pantai di Hawaii yang sekaligus pasti menggembirakan hati 3.1 juta pengikutnya.

Terbaru sejak Isnin, figura tersohor ini kini berada Pulau Pinang, Malaysia dalam usaha mempromosikan misi konsert solo pertamanya di Malaysia pada tarikh yang belum dinyatakan selepas pembatalan konsert tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 21 Mei lepas.





Selama berada di Pulau Pinang, Gary dilihat memuatnaik beberapa keping gambar di Instagramnya '@kang_gary8888' yang antara lainnya menunjukkan dia sedang menikmati cendol dengan kapsyen: #cendol #penang.

Oh! Rupa-rupanya Kang Gary ni penggemar cendol! Buktinya pada hari berikutnya, dia sekali lagi memuatkan gambar sedang menikmati cendol di sebuah restoran dengan kapsyen 'cendol love' di mana gambar tersebut menarik lebih 6000 komen dengan 290 ribu tanda suka (Like).

Antara komen yang ditinggalkan peminat yang rata-ratanya dari Malaysia dan Indonesia bertulis:

@aniswana: Wah Gary suka makan cendol lah!

@aimeeaqilah: Ni kalau orang tak kenal hang mesti ingat u local chineese hahah

@_una_05: Gary, you must try rendang and ketupat juga

Klik untuk gambar besar


Malah pada entri berikutnya, sekeping gambar dia sedang mengayuh beca sambil membawa seorang pakcik (pemilik beca) sedang bersiar-siar turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyifatkan pakcik tersebut sangat beruntung.

@hadfa: Pindah sini je la bang oii

@Ainnradak: Untungnya pakcik tu. Tapi aku rasa dia tak kenal Kang Gary hahaha

@whatforlibby: Best tak Malaysia bang?



Selama berada di Pulau Pinang, Kang Gary sempat bersiar-siar di sekitar Georgtown tanpa diawasi pengawal peribadi selain turut mengambil peluang melalui laluan berkaca Rainbow Skywalk di Menara Komtar.

Sebuah video berdurasi 18 saat dimuatnaik Gary saat melalui Rainbow Skaywall turut mengundang rasa gayat netizen yang dikongsi pada ruangan komen.

Wahh, nampaknya Kang Gary begitu enjoy selama berada di Pulau Pinang! Adakah beliau akan menjadikan Malaysia sebagai 'rumah kedua' selepas ini? Kita tunggu saja.










www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: