"Alhamdulillah sekarang saya merasai nikmat hidup berpoligami apabila sabar dalam mendidik kedua-dua isteri.
"Inilah kesannya jika kita buat apa yang Allah suka. Keluarga saya sangat harmoni dan kedua-dua isteri semakin serasi serta saling bertolak ansur.
"Bohonglah jika saya kata tiada masalah. Dalam setiap perkahwinan pasti ada masalah, itulah yang menyerikan lagi kehidupan kita.
"Sebagai ketua keluarga, saya harus bijak menyelesaikan masalah dan mengambil kira pendapat kedua-dua pihak.
"Apa yang penting sekarang adalah menjaga keharmonian tersebut supaya berkekalan," ujar pelakon dan ahli perniagaan, Ashraf Muslim, 36, mengenai kehidupannya kini.
Hari berganti minggu, tanpa sedar, rupa-rupanya sudah empat tahun Ashraf hidup berpoligami bersama dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 30, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 33.
Keharmonian rumah tangga yang kini diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata, Sarah Ashraf, 3 (anak isteri kedua), Adam Ashraf, setahun sembilan bulan (anak isteri kedua) dan Anas Ashraf, setahun enam bulan (anak isteri pertama).
Klik untuk gambar besar
Ditanya tentang sambutan raya, pelakon itu menjelaskan seperti biasa dia akan berlaku adil pulang ke tiga buah destinasi iaitu di Gombak, Selangor (keluarga Dayana), Ipoh, Perak (keluarga Sakinah) dan Melaka yang merupakan kampung halamannya sendiri.
Bagaimanapun untuk tahun ini, dia akan pulang beraya di kampung halaman isteri keduanya terlebih dahulu memandangkan ibu bapa isteri pertamanya hanya berada di tanah air pada raya ketiga kerana menunaikan umrah.
"Biasanya setiap kali tiba raya, saya mengamalkan konsep giliran seperti orang lain. Saya faham, pada hari raya setiap isteri inginkan masa berkualiti.
"Jadi apabila pulang ke kampung saya di Melaka barulah saya pulang membawa kedua-dua isteri sekali," katanya yang berhasrat untuk menambah bilangan cahaya mata.
www.myartis.com / Sumber: Kosmo
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment